Ulasan Buku

Mengulas buku, mengupas isi, meningkat kefahaman dan produktiviti.

ULASAN BUKU OLEH PENSYARAH JKM, PMM

Posted by blogpmm on March 19, 2013

ULASAN BUKU KEJURUTERAAN OLEH NAZARUDDIN BIN MOHTARAM, JKM, POLITEKNIK MERLIMAU

Zainal Abidin Ahmad

Proses Pembuatan Jilid II

Universiti Teknologi Malaysia

ISBN: 983-52-0105-6

Buku yang bertajuk Proses pembuatan , Jilid II yang ditulis oleh Prof. Madya Zainal Abidin Ahmad merupakan pensyarah kanan di  Jabatan kejuruteraan Pengeluaran dan Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Buku ini membincangkan berkenaan proses pembuatan utama yang diamalkan pada hari ini yang melibatkan  bidang Kejuruteraan mekanikal, Kejuruteraan pembuatan, kejuruteraan industri dan Kejuruteraan bahan dan metalurgi. Walaupun tidak begitu terperinci berhubung dengan pelbagai jenis proses pembuatan , ia dapat membantu memberikan informasi yang bermanfaat kepada individu yang terlibat dalam bidang kejuruteraan seperti para pendidik, jurutera, pensyarah politeknik, pensyarah universiti, pengurus dan penyelia. Selain itu, buku ini ditulis untuk digunakan sebagai teks asas bagi pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil,  diploma dan ijazah pertama di institut pengajian tinggi dan kemahiran atau sekolah teknik dan vokasional dalam bidang berkaitan. Buku ini amat mudah difahami kerana bahasanya yang ringkas dan tepat serta dibantu dengan gambarajah proses serta jadual berkaitan yang jelas bagi membantu penerangan. Buku ini disusun kepada 2 bahagian iaitu Bahagian I ( Proses Pembentukan Logam) dan Bahagian II ( Proses Penyambungan).

Pengenalan buku ini membincangkan secara am berkenaan dengan pembuatan, sepertimana  penulis menerangkan bahawa pembuatan adalah suatu aktiviti bagi menghasilkan barangan berguna bermula daripada bahan mentah pelbagai jenis bahan samada tulen atau campuran. Pelbagai jenis proses, mesin dan teknik digunakan mengikut perancangan yang tersusun bagi menghasilkan barangan yang berkualiti mengikut kehendak pelangan seterusnya mengekalkan prestasi pembuatan. Perbincangan seterusnya pada Bahagian I iaitu Proses Pembentukan Logam yang melibatkan  Asas-asas pembentukan logam, Proses menggelek, Proses menempa, Proses penyemperitan, Proses penarikan rod, dan tiub, proses pembentukan kepingan logam I (mericih) dan (melentur), Proses pembentukan kepingan logam II (penarikan dalam, pembentukan regang, pemejaman dan lain-lain), . Bahagian II pula membincangkan berkenaan Proses Penyambungan iaitu Proses pematerian dan pematerian keras, Proses kimplan gas, proses kimpalan arka, Proses kimpalan rintangan, Proses kimpalan keadaan pejal, Proses kimpalan yang lain, Sambungan, mutu dan ujian kimpalan, Kebolehan, pertimbangan reka bentuk dan pemilihan proses, Proses penyambungan daya mekanikal dan Ikatan perekat.

Untuk pengetahuan, proses pembuatan adalah satu bidang yang penting pada masa kini, dimana setiap kursus kejuruteraan mekanikal di politeknik, universiti malah pusat-pusat kemahiran di dalam bidang teknik dan vokasional ada mempelajarinya. Topik yang terdapat pada buku ini sangat berguna kepada pelajar serta pengajar dan pensyarah bagi menambah ilmu yang sedia ada dalam bidang kejuruteraan pembuatan bahan. Selain itu, proses pembuatan melibatkan banyak disiplin berhubung dengan sifat dan kelakuan mekanikal dan fizikal bahan, metalurgi, fizik, analisis daya, kimia, pelinciran dan pemindahan haba. Aspek lain bagi pembuatan melibatkan reka bentuk barangan, reka bentuk dan pembinaan mesin, perancangan pengeluaran, automasi, kawalan mutu, pemasangan, kawalan kos, keselamatan, daya pengeluaran, pemasaran dan jualan.

Proses pembentukan menggunakan alat pembentuk dan tekanan untuk mengubah bahan kepada bentuk dan saiz tertentu. Bahan tersebut boleh ditekan iaitu seperti proses menempa dan menggelek, boleh ditarik atau ditolak seperti proses penarikan dan penyemperitan, boleh dibengkok seperti proses melentur dan menggelek bentuk dan sterusnya boleh diricih seperti proses ricihan. Selain daripada itu, terdapat juga proses pembentukan yang agak khusus seperti menggunakan alat pembentuk tertentu. Sejumlah besar daripada proses pembentukan boleh dilakukan dalam keadaan sejuk atau panas.

Sebagai rumusannya, buku ini adalah buku yang amat bermanfaat dan berguna sebagai teks asas untuk pelajar-pelajar ijazah pertama dalam kejurteraan mekanikal, tetapi ia juga sesuai sebagai rujukan tambahan kepada pelajar diploma kejuruteraan dan sijil  kejuruteraan. Merujuk kepada penulis, buku ini bertujuan memberikan asas yang kukuh, walaupun tidak begitu terperinci berhubung dengan pelbagai jenis proses pembuatan utama yang diamalkan pada hari ini. Adalah diharapkan bagi sesiapa sahaja yang membaca buku ini akan dapat menyedari dan memahami betapa penting dan relevannya pembuatan sebagai satu bidang atau displin kejuruteraan masa kini dan sterusnya merasai bahawa ia sebenarnya merupakan bidang yang menarik dan mencabar.

ULASAN BUKU KEJURUTERAAN OLEH NOORMAYA FARANIZA BINTI KOSNAN, JKM, POLITEKNIK MERLIMAU

W.A.J Chapman

Senior Workshop Calculations

Edward Arnold (Publishers) Limited,41 Bedford Square, London

ISBN: 0 7131 3295 7

Merupakan satu buku yang lengkap dan relevan kepada pelajar-pelajar kejuruteraan dan juga kepada bidang industri untuk dijadikan rujukan kerana beberapa aspek yang menyentuh bidang pengajaran dan pembelajaran serta amalan industri turut diselitkan menjadikan buku ini. Membaca buku ini ibarat mengulangkaji satu pelajaran lengkap bagi subjek worksyop.

Chapman dalam penulisannya telah menjadikan buku ini merupakan satu buku yang penting kepada pembaca dengan penggunaan sistem unit SI yang lengkap pada permulaan buku ini sebagai rujukan bagi bab yang seterusnya serta disertakan appendik lengkap bagi menyokong dan membantu pembaca. Jika diamati dari buku ini dapatlah dilihat bahawa Chapman telah mengasingkan penerangan yang berkaitan dengan amalan pengiraan sebagai keutamaannya. Penerangan bagi setiap aspek kejuruteraan diterangkan dan dijelaskan dengan ringkas tetapi padat menyebabkan pembaca tidak terasa bosan dan hilang arah atau tumpuan. Kelainan turut diselitkan dalam contoh pengiraan di dalam buku ini apabila setiap contoh disertakan dengan rajah bagi memudahkan pembaca agar tidak perlu membuka atau merujuk kepada mukasurat yang lain seperti pengiraan bagi ulir benang, ulir gear dan alatan.

Buku ini terbahagi kepada lapan bab yang terdiri dari pengenalan kepada unit SI dan ubahan, pengukuran, pengiraan bagi alatan potongan dan tebukan, pengiraan gear dan potongan gear, mesin pemotongan, prinsipal mekanikal I, II dan III.  Langkah Chapman bagi menyelitkan SI unit pada bab satu dan di bahagian appendiks menunjukkan kepentingan bab ini kepada penulis serta pembaca kerana menurut Chapman dengan peredaran masa perubahan penggunaan sistem metrik dari penggunaan sistem British menyebabkan kekeliruan dan diharap dengan jadual perubahan unit yang terkini dapat membantu pembaca membiasakan diri dengan perubahan piawai. Setiap pengakhiran bab telah disertakan dengan latihan yang bersesuaian dan yang lebih menarik lagi jawapan telah disertakan di lampiran akhir buku ini.

Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada pelajar, pengajar serta pekerja di bidang yang berkaitan untuk dimiliki kerana buku ini ibarat buku poket yang didalamnya terisi dengan segala nota dan pengiraan lengkap sebagai rujukan pantas pengguna.

ULASAN BUKU KEJURUTERAAN OLEH NOR AZRIN BINTI NOZMI, JKM, POLITEKNIK MERLIMAU

Lonnie Wilson

How to Implement Lean Manufacturing

McGraw Hill Professional, 2010

ISBN: 0071625089, 9780071625081

The book of ‘How to Implement Lean Manufacturing’ is written by a consultant who is focused on engineering principles and very practical applications. Generally, this book can best described into few different perspectives which is usefully if progress need to be made in short order. First, this book is written from the perspective of a consultant. That means it offers a great deal of practical advice, is filled with examples, and is geared toward making

Progress which in some cases very rapid progress. Every effort is made to keep the principles and applications as simple as they can be.

Second, this book is written primarily from an engineering viewpoint. Lean Manufacturing, also known as the Toyota Production System (TPS), is part of a business system, so there clearly are business aspects to it. However, an engineer should easily understand this book, a production supervisor should also, and almost anyone involved in processes will identify with these materials. Most of the principles cited here are engineering principles that support the business.

Finally, this book is written for those involved in manufacturing and who wish to excel in making their business healthier and tougher, as well as for those who are struggling to survive. It is one of the themes of this book that readers can make huge early gains especially those in survival mode, this should be encouraging. Although manufacturing is the focus, the Lean principles, once understood, have a very broad application. For example, they have applied these principles to staff functions within manufacturing such as training, procurement, engineering, and testing labs. In addition, they have applied these principles to Doctors’ offices, hospitals, hotels, private schools, restaurants, and other service functions. They have a broad application to a wide variety of functions and industries.

ULASAN BUKU KEJURUTERAAN OLEH LEANNA BINTI MOHD YUNOS, JKM, POLITEKNIK MERLIMAU

Ferdinand P. Beer, E. Russel Johnston, John T. Dewolf

Mechanics of Materials (Fourth Edition in SI Units)

Mc Graw Hill (2006)

ISBN: 007-124999-0, ISBN-13: 978-0071249997

Buku Strength of Materials ini merupakan cetakan keempat daripada penulis buku kajidaya bahan yang terkenal iaitu Ferdinand P. Beer, E. Russel Johnston dan John T. Dewolf. Merupakan cetakan yang keempat dan mengandungi sebelas bahagian utama bagi menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kajidaya bahan serta dijadikan buku rujukan kepada pelajar politeknik khususnya bagi kursus JJ310 Strength of Materials.

Bahagian pertama mengenai Pengenalan Konsep Tegasan yang merangkumi kaedah analisis dalam struktur, tegasan normal, tegasan ricih dan lain-lain lagi. Bahagian kedua pula menerangkan Tegasan dan Terikan (Beban Paksi). Merangkumi hubungan diantara  keterikan dan tegasan di dalam pelbagai jenis bahan serta analisis perubahan bentuk bahan apabila dikenakan daya paksi. Analisis melibatkan gambarajah tegasan-terikan, tegasan sebenar, ricihan sebenar, Hukum Hooke (Modulus Elasticity), analisis tegasan akibat perubahan suhu serta keterikan.

Bahagian ketiga membincangkan Daya Kilasan dimana analisis terarah kepada pengiraan tork, sudut kilasan serta penghantaran aci. Bahagian keempat menerangkan Kelenturan Tulen dimana analisis melibatkan penentuan arah momen positif dan momen negatif. Selain itu, analisis juga melibatkan keterikan normal dalam lenturan serta penggunaan formula lenturan elastik.

Bahagian kelima menerangkan analisis Lenturan bagi rasuk  yang melibatkan gambarajah daya ricih, gambarajah momen lentur, tegasan maksimum dan sebagainya. Bahagian keenam membincangkan Tegasan ricih dalam rasuk serta analisis Thin Wall Members.

Bahagian ketujuh menerangkan mengenai Transformasi Tegasan dan Terikan dimana transformasi melibatkan tegasan pelan, tegasan ricih maksimum,  Kaedah bulatan Mohr’s dan lain-lain lagi. Bahagian kelapan membincangkan Tegasan Utama apabila daya diberikan spt tegasan dalam rasuk, rekabentuk penghantaran kuasa aci dan sebagainya.

Bab kesembilan membincangkan Pesongan dalam rasuk yang merangkumi persamaan elastic curve dan bagaimana untuk menentukan nilai pesongan serta sudut bagi beban yang berlainan. Bahagian kesepuluh menerangkan mengenai column serta penyelesaian menggunakan formula Euler. Bahagian terakhir membincangkan analisis mengenai Energy Method dan lain-lain lagi.

Buku ini mempunyai keterangan analisis  bagi sesuatu contoh dengan penyelesaian yang dibantu oleh gambarajah yang sesuai. Selain itu, ayat yang digunakan juga jelas dan mudah dirujuk disertakan dengan paparan jadual  bagi pertukaran unit, simbol, terma serta formula bagi bentuk geometri asas. Setiap contoh disertakan dengan jalan penyelesaian yang sesuai serta soalan-soalan latihan yang mencabar. Kesimpulannya, buku ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan bagi pengajar dan pelajar  yang mengambil kursus  JJ310 Strength of Materials dan kursus kajidaya bahan amnya.

ULASAN BUKU KEJURUTERAAN OLEH HAIRIZZA BIN KOSNAN, JKM, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Vernon John

Pengenalan kepada Bahan Kejuruteraan

Penerbit  Universiti Teknlologi Malaysia

ISBN: 983-52-0100-5

Buku yang bertajuk Pengenalan kepada Bahan Kejuruteraan adalah buku yang membincangkan prinsip asas sains bahan, teknologi bahan dan pembuatan bahan. Buku ini amat mudah difahami kerana bahasanya telah diolah dengan baik oleh penterjermah. Disusun kepada 6 bahagian iaitu pengenalan, sains bahan, bahan kejuruteraan, pembentukan dan fabrikasi bahan, kelakuan semasa servis dan penilaian bahan. Buku ini diterbitkan untuk kegunaan pelajar ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan sebagai buku rujukan teks dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun buku ini juga sesuai sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar-pelajar di peringkat Diploma kejuruteraan khususnya dalam kejuruteraan bahan di politeknik.

Untuk pengetahuan, kejuruteraan bahan adalah satu bidang yang penting pada masa kini, dimana setiap kursus kejuruteraan mekanikal di politeknik ada mempelajarinya. Topik yang terdapat pada buku ini sangat berguna kepda pelajar bagi menambah ilmu yang sedia ada dalam bidang kejuruteraan bahan. Ia bukan sahaja mengandungi topik berkenaan bahan logam sahaja, tetapi juga topik berkenaan bahan bukan logam seperti seramik, kaca, bahan polimer dan baham komposit. Proses pembentukan logam, bahan polimer, seramik dan kaca juga ada dalam buku ini. Isi kandungan buku ini sangat bagus, disusun dengan baik mengikut topik. Diakhir setiap topik, buku ini ada menyediakan soalan bagi tujuan latihan dan juga menguji tahap kefahaman pelajar.

Bahagian 2 iaitu topic yang bertajuk sains bahan, beberapa sub topiknya boleh digunakan kepada pelajar diploma kejuruteraan di politeknik sebagai rujukan tambahan dalam pembelajaran mata pelajaran teknologi bahan 1 dan teknologi pembuatan bahan. Ini kerana topik tersebut menyentuh berkenaan  struktur dan ikatan atom. Dalam topik sains bahan ini, ia ada menyentuh berkenaan gambarajah keseimbangan fasa dan pembentukan aloi yang mana ada ianya dipelajari dalam mata pelajaran teknologi bahan 1 di politeknik. Topik-topik lain yang terdapat dalam sains bahan tidak dipelajari oleh pelajar kejuruteraan mekanikal, tetapi pelajar kejuruteraan mekanikal bahan di politeknik boleh membacanya untuk mempertingkatkan ilmu dalam kejuruteraan bahan.

Selain itu, beberapa topic yang terdapat di dalam buku ini amat berguna dan sesuai dipelajari oleh pelajar diploma kejuruteraan mekanikal iaitu topik bahan kejuruteraan. Dalam topik ini isi kandunganya bersesuai dipelajari seperti logam dan aloi bukan ferus, besi keluli dan plastik haba. Ketiga-tiga tajuk ini ada dipelajari oleh pelajar kejuruteraan di politeknik dimana isi kandungan sangat mantap dan baik bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan bahan. Beberapa subtopic lain seperti proses pembentukan logam, polimer, seramik dan kaca, kegagalan, lesu dan rayapan, kakisan dan ujian tanpa musnah amat sesuai isis kandunganya kepada pelajar-pelajar kejuruteraan bahan di politeknik. Ini kerana ianya diterangkan dengan jelas  bagaimana proses pembentukan logam, polimer, seramik dan kaca itu dilakukan. Selain itu penerangan yang jelas berkenaan kegagalan sesuatu bahan kejuruteraan yang disebabkan oleh kelesuan, rayapan dan kakisan. Ujian tanpa musnah adalah topik yang menarik untuk dibaca kerana ia mendedahkan bagaimana sesuatu kecacatan bahan itu dapat dikesan tanpa merosakan atau menjejaskan rekabentuk sesuatu bahan kejuruteraan.

Sebagai rumusannya, buku ini adalah buku yang amat baik. Penulisnya adalah seorang guru  dan penulis berpengalaman. Sehingga bersara adalah pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Polytechnic of Central London. Walaupun buku ini adalah buku teks untuk pelajar-pelajar ijazah pertama dalam kejurteraan mekanikal, tetapi ia juga sesuai sebagai rujukan tambahan kepada pelajar diploma kejuruteraan dan kejuruteraan bahan. Ini kerana banyak topic-topik yang terdapat didalam buku ini dipelajari. Isi kandungannya telah di terjemahan dengan baik sekali oleh 2 orang pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM sehingga ia mudah di fahami. Oleh yang demikian dengan adanya buku ini sebagai bahan rujukan tambahan, diharap pelajar-pelajar dapat mengembangkan kefahaman tentang bahan kejuruteraan dengan lebih efektif.

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: