Ulasan Buku

Mengulas buku, mengupas isi, meningkat kefahaman dan produktiviti.

Archive for April, 2010

Motivasi Memburu Kejayaan

Posted by blogpmm on April 26, 2010

“Motivasi Memburu Kejayaan”
 
Oleh Datuk Maznah Hamid 
Nama pengulas : Leilawati Binti Zakaria (JKM)
 
 
Datuk Maznah Hamid 
The best recipe for Success, Happiness and Wealth is to identify your true talent, embrace a life‐long learning process and continuous development, and make it a source and capital of your life.  ‐ Datuk Maznah Hamid, Motivasi Memburu Kejayaan.
 
Tajuk di atas adalah tajuk sebuah buku motivasi tulisan Datuk Maznah Hamid. Beliau merupakan pakar motivasi wanita yang amat saya kagumi, Pakar motivasi ini dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja. Beliau berpegang teguh pada falsafah ‘modal utama adalah diri sendiri’. Beliau yakin dengan dorongan ini dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang. Beliau adalah kaunselor, motivator dan pendidik di radio dan televisyen. Beliau juga adalah seorang usahawan yang berjaya dan menjadi ‘role model’ kepada usahawan lain. Beliau kini menjadi motivator dan 

‘public speaking’ di institusi‐institusi pengajian tinggi, kementerian‐kementerian, badan‐badan berkanun dan swata. Beliau telah menjelajah ke seluruh pelosok tanahair semata‐mata memotivasi dan memberi kesedaran seluruh masyarakat.
 
 Ulasan 
Kali ini saya mengulas sebuah buku motivasi yang bertajuk Motivasi Memburu Kejayaan tulisan Maznah Hamid.  Keseluruhannya buku ini memang menarik dan perlu dibaca dari kulit ke kulit kerana ianya mengadunkan antara kejayaan peribadi rumahtangga dan kerjaya (perniagaan) dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang ada. Ia mudah dijadikan panduan kerana penulisnya  wanita, sudut pandangannya juga adalah dari perspektif wanita (yang berjaya).
   
Pada bahagian awal buku ini, bermula dengan pengenalan matlamat di mana penulis ini menyentuh  bahawa anak kunci kejayaan diri dan kehidupan  adalah bermul dengan wujudnya tujuan hidup ataupun matlamat yang spesifik dan realitistik. Beliau juga menekankan bahawa bagi mencapai kehidupan yang seimbang, kita haruslah merancang matlamat kita dengan meliputi ketujuh‐tujuh aspek kehidupan iaitu mental, jasmani, rohani, kerjaya, kewangan, keluarga dan sosial. Tentukan aspek kehidupan mana yang menjadi keutamaan kita ketika ini. Napoleon Bonarparte, seorang pemimpin Perancis yang terkenal, pernah berkata, “Tidak ada perkataan ‘tak boleh’ (impossible) dalam kamus aku” Dengan kata lain, wujudkan matlamat dan berusahalah secara positif untuk memburu kejayaan, seolah‐olah tidak ada apa pun yang mustahil untuk dicapai. 

Bahagian seterusnya dalam entri buku ini adalah mengenai kesedaran diri yang positif di mana ciri‐ciri orang yang berjaya perlu ada kesedaran yang lebih dan sentiasa mempamerkan serta mempraktikkan positif self‐awareness. Buku ini juga memberi pendekatan  bagaimana untuk membina imej diri  dan membentuk personaliti yang sememangnya merupakan aset paling berharga dan bernilai bagi manusia. Bagi mempunyai imej diri yang sihat dan menyakinkan, penulis ini menggabungkan ke empat‐empat elemen dalam pembentukan personaliti iaitu  rasa penghormatan dan penghargaan terhadap diri kita (self‐esteem), percakapan terhadap diri sendiri (self‐talk and inner communication), disiplin diri (self‐discipline) serta kawalan diri (self‐control). Apabila kita beri tumpuan terhadap empat elemen tadi, nescaya kita dapat mempunyai imej diri yang sihat dan menyakinkan.
  
 
Buku ini juga mengulas tentang bagaimana untuk membangunkan potensi diri  dan bagaimana untuk  mengubah apa jua sikap negatif yng berada dalam diri kita. Dalam bab ini juga, ada beberapa formula didedahkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan menghadapi kegagalan serta mengajar bagaimana untuk enjadikan diri kita “a stronger survivor” setiap kali mengharungi rintangan.Untuk episod  yang berikutnya, saya begitu tertarik dengan entri bab ketujuh iaitu erti sebuah kemaafan di mana buku ini memberi beberapa panduan atau petua ang berkesan bagi mendorong kearah kemaafan. Sebenarnya kemaafan adalah umpama pisau bedah yang membuang segala parut luka emosi dan ubat yang paling mujarab bagi membuangsegala luka emosi lama yang mendorong ke arah kemaafan adalah rasa kasih sayang. Penulis ini juga ingin berkongsi 

pengalaman beliau mengenai rumah tangga bahagia, kerja kuat membawa kejayaan, ciri‐ciri keusahawanan tulen dan prinsip‐pinsip hidup yang telah membawa kejayaan besar kepada dirinya.
  
 
Antara kata‐kata yang saya rasa begitu tertarik dalam sedutan buku ini ialah:
 
 
“ Kesedaran diri yang positif  ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememannya tidak boleh membesar lagi!”
 
 
Buku ini bukan sekadar memberi panduan  untuk menjadi usahawan berjaya, malah ia dapat mencetuskan pelbagai ilham baru dan membantu bagaimana cara kita berfikir untuk menerima dan mengolah sesuatu sma ada yang negatif atau positif agar menghasilkan kesan yang positif untuk kita melangkah maju dan memperbaiki kualiti hidup. Dengan kebijaksanaan, anda mampu menjadikan suami, anak‐anak, keluarga, persekitaran dan apa sahaja yang anda miliki sebagai sumber sokongan untuk anda menggapai impian anda dan bukan menjadi pemerhti kejayaan orang lain.

Advertisements

Posted in JKM | Tagged: | Comments Off on Motivasi Memburu Kejayaan

Law of attraction = hukum tarikan

Posted by blogpmm on April 22, 2010

Ulasan Oleh :
Nurul Esly Binti Sabiran
Jabatan Perdagangan
Politeknik Merlimau, Melaka
April 2010

Penulis : Michael J. Losier
Penterjemah : Fakhroll Rodziee Don dan Faris Fahmi Ibrahim
Penerbit : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Cetakan Ketiga Oktober 2009
ISBN : 978-983-3586-03-5

Dalam Islam, Allah SWT telah berfirman, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.” (Surah Ar-Ra’du :11). Bertitik tolak dari situ, penulis membuat kesimpulan bahawa nasib seseorang bukanlah ditentukan oleh takdir. Sebaliknya, manusia yang menentukan takdirnya sendiri. Sebahagian daripada anda mungkin pernah mendengar tentang hukum ini, namun tidak memahaminya secara mendalam.
Buku ini mengupas proses 3 Langkah yang terbukti berkesan tentang bagaimana mendapatkan apa yang yang diinginkan. Hukum Tarikan didefinisikan sebagai “Saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, sama ada positif ataupun negatif”. Antara kata-kata atau ungkapan yang merujuk Hukum Tarikan adalah seperti :
• Tanpa diduga
• Karma
• Tanpa disangka
• Kebetulan
• Sejak azali • Nasib baik
• Takdir
• Sudah ditakdirkan
• Pucuk dicita, ulam mendatang

Menurut penulis, Hukum Tarikan bukanlah sekadar istilah canggih ataupun sihir zaman moden. Ia adalah satu bentuk hukum semula jadi di mana setiap atom anda sentiasa memberi tindak balas secara tetap sama ada anda mengetahuinya atau tidak. Dengan menggunakan fungsi NLP (Neuro Linguistic Programming), penulis memahami bagaimana cara minda dan fikiran anda bekerja. Setiap masa anda mempunyai satu perasaan. Pada masa itu, perasaan yang sedang dialami menyebabkan anda mengeluarkan getaran negatif atau positif. Pada waktu ini, Hukum Tarikan memainkan peranan.
Contohnya, seorang pekerja yang bangun pagi pada hari Isnin dengan rasa marah, sebenarnya menghantar keluar getaran negatif. Ketika getaran itu dihantar keluar, Hukum Tarikan memberikan tindak balas dengan memadankan getaran yang dihantar oleh orang itu dengan memberikan semula lebih banyak getaran yang sama beliau berikan. Hukum Tarikan akan memadankan keadaan dengan getaran, sama ada positif atau negatif. Sekiranya, pekerja itu bangun daripada katil, kakinya tersadung, roti bakarnya hangus, jalan raya penuh sesak, pelanggan membatalkan temu janji dan hari itu berakhir dengan pelbagai rasa kesal dan beliau berkata, “Sepatutnya saya terus berada di katil”. Begitu juga dengan seorang jurujual yang sangat gembira kerana memperoleh jualan besar. Getaran positif akan merangsang beliau untuk mendapatkan lebih banyak jualan dan sudah pasti beliau akan berkata, “Murahnya rezeki saya sekarang”. Contoh-contoh tersebut menunjukkan Hukum Tarikan benar-benar berfungsi, membuka jalan dan menyusun atur segala apa yang berlaku, membawa kepada lebih banyak daripada apa yang mereka berikan sama ada positif ataupun negatif.
Hukum Tarikan memberi tindak balas dengan cara yang sama seperti minda. Jika anda mengeluarkan kenyataan yang mengandungi perkataan ‘jangan’, ‘bukan’ dan ‘tidak’, anda sebenarnya memberikan perhatian dan kekuatan kepada apa yang tidak diinginkan. Oleh yang demikian, getaran negatif mesti disetkan semula kepada getaran positif. Perlu difahami juga bahawa Hukum Tarikan tidak mengingati getaran lima minit yang lalu. Ia hanya bertindakbalas ke atas getaran yang dihantar pada masa ini dan getaran akan bertindak pada ketika itu.
Formula 3 Langkah boleh diaplikasikan bagi menggunakan Hukum Tarikan secara lebih sengaja. Langkah-langkah tersebut adalah :
i) Kenal pasti impian
Kontras atau perkara yang tidak diingini atau disukai membantu anda untuk mengenalpasti apa yang diingini atau membangikitkan persoalan, “Jadi, apa yang saya mahu?”. Panduan utama untuk mendapat apa yang diinginkan adalah dengan memerhatikan kontras dalam tempoh yang singkat. Lebih singkat tempoh untuk memberikan perhatian, ia adalah lebih baik.
Kontras juga perlu dihadkan dalam semua aspek hidup terutamannya dalam aspek kerjaya, kewangan, kesihatan dan perhubungan. Keempat-empat aspek ini sering diperhatikan dalam tempoh yang lama dan ia memiliki banyak emosi negatif. Proses Jelas Menerusi Kontras akan membantu anda untuk menjadi lebih jelas tentang impian. Beberapa bahagian penting dalam hidup diutarakan oleh penulis sebagai ‘menjadi jelas’ begitu berfaedah :
• Kerjaya
• Wang
• Hubungan dengan pasangan hidup
• Persahabatan
• Hubungan di tempat kerja
• Pelanggan perniagaan
• Pendidikan
• Kesihatan
Lembaran Kerja Jelas Menerusi Kontras digunakan untuk menunjukkan bagaimana Proses Jelas Menerusi Kontras membantu anda untuk menjadi lebih jelas.
Kontras :
Perakara yang saya tidak suka
(Bahagian A) Jelas:
Perkara yang saya suka
(Bahagian B)
1. Tidak cukup wang
2. Sentiasa ada bil untuk dibayar
3. Isu kewangan membuatkan saya tertekan

1. Wang saya melimpah ruah
2. Bil dapat dibayar dengan mudah dan cepat
3. Hubungan saya dan wang membuatkan saya gembira

ii) Berikan perhatian terhadap impian
Dengan memberikan perhatian positif, getaran yang diidamkan dapat dimasukkan dalam getaran semasa. Menurut Hukum Tarikan, apa saja perkara atau impian yang anda berikan perhatian, tenaga dan fokus, maka impian itu akan menjadi kenyataan. Begitu juga sekiranya anda mempunyai impian tetapi tidak memberikan perhatian dan fokus, ia tidak akan menjadi kenyataan. Hukum Tarikan hanya bertindak balas dengan apa yang berada dalam Gelung Getaran sahaja.
Dua kaedah boleh digunakan untuk meningkatkan getaran supaya ia mampu menyemarakkan impian iaitu menggunakan afirmasi dan Pernyataan Keinginan. Contoh afirmasi positif adalah “Saya memiliki tubuh yang sihat dan kurus”. Dalam masa yang sama, getaran akan dihantar sama ada ia positif atau negatif. Jika kenyataan tidak sama dengan keadaan sebenar, iaitu keadaan sebenar adalah tidak sihat dan kurus atau ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai, maka anda sedang mencipata getaran negatif. Kebanyakan afirmasi tidak berhasil kerana Hukum Tarikan tidak bertindak balas pada apa yang dirasai dengan perkataan yang digunakan. Afrimasi positif akan menghantar getaran positif sekiranya ia benar bagi diri seseorang. Untuk membolehkan afirmasi sentiasa benar dan menghasilkan getaran positif, dua langkah boleh digunakan iaitu dengan mengubah afirmasi bagi menjadikannya berasa lebih baik dan alat kenyataan impian. Contohnya, kenyataan “Saya dalam proses untuk memiliki sebuah rumah”. Kenyataan impian mungkin berbunyi, “Saya ingin memiliki rumah saya sendiri”. Hukum Tarikan bertindak dalam menyusun atur keadaan dan kejadian alam bagi membawanya kepada anda.

iii) Membenarkannya
Langkah membenarkan merujuk kepada tiada getaran negatif. Rasa ragu adalah getaran negatif. Getaran negatif akan menghakis atau membatalkan getaran positif impian anda. Kaedah yang digunakan oleh penulis untuk membenarkan kenyataan adalah melalui permainan “membenarkan”. Permainan ini dimainkan dengan beberapa biji guli berada pada batang-batang kayu yang menembusi dinding silinder. Batang-batang kayu mewakili halangan atau ragu-ragu. Guli mewakili impian dan guli-guli yang jatuh adalah manifestasi (membenarkan). Dalam permaianan ini, kayu perlu dibuang bagi membenarkan beberapa buah biji guli jatuh ke dasar silinder. Untuk membolehkan guli-guli jatuh ke bawah silinder adalah dengan mengalihkan batang-batang kayu.
Dengan analogi yang sama, keinginan yang kuat sahaja tidak cukup untuk merealisasikan keinginan, tetapi halangan perlu dialihkan terlebih dahulu. Untuk mengurangkan atau membuang rasa ragu-ragu, anda boleh mencipta Pernyataan Membenarkan. Ia dilakukan dengan:
• Bertanyakan diri jika ada sesiapa yang mempunyai keinginan yang sama dengan anda
• Jika ya, berapa ramai yang melakukannya? semalam? minggu lepas?bulan lepas? tahun lepas?
• Gunakan kata ganti diri orang ketiga
• Pastikan pernyataan itu munasabah
Selain daripada penerangan tentang Hukum Tarikan, penulis juga menggunakan lembaran-lembaran kerja untuk memudahkan pemahaman pembaca. Penulis juga menggambarkan perhubungan seharian dengan getaran. Ia digambarkan dengan frekuensi radio yang berskala 1-100. Apabila getaran tinggi (frekuensi 98.5), ia bermakna tiada getaran negatif dan semuanya akan berjalan dengan mudah dan lancar. Untuk mengetahui anda berada pada frekuensi 98.5, ia boleh dilihat melalui apa yang anda rasa dan lalui. Bagi mengekalkan getaran pada frekuensi 98.5 walaupun ketika itu anda sedang bercakap atau berhadapan dengan rakan yang mempunyai getaran negatif, tugas anda adalah untuk menjaga getaran dan mengawal perbualan supaya getaran anda semakin meningkat dan positif.
Pada akhir topik, penulis turut menyertakan tips bagi ibu bapa dan guru bagi mengadaptasikan cara mengajar Hukum Tarikan kepada Kanak-Kanak. Penulis menyarankan agar beberapa langkah perlu diikuti oleh ibu bapa iaitu :
• Menggunakan perkataan yang mudah atau ringkas seperti perasaan dan rahsia
• Menanyakan soalan-soalan yang membolehkan kanak-kanak mengaitkan konsep Hukum Tarikan berdasarkan pengalaman mereka sendiri
• Menggunakan alat bantuan visual bersama kanak-kanak kecil
• Melaksanakan bersama permainan dan ganjaran
• Penglibatan ibu bapa
• Minta izin dan berikan izin
• Meneruskan keseronokan
Untuk mendapatkan lembaran kerja bagi Langkah 1- 3 ia boleh diperoleh dengan melawati laman web : http://www.LawofAttractionBook.com/wordkheets.html. Selain itu, penulis juga menggalakkan pembaca untuk menggunakan buku ini sebagai panduan selain artikel,TeleClasses, seminar,e-zine bulanan beliau dan laman web beliau : http://www.LawofAttractionBook.com.
Secara konklusi, Hukum Tarikan akan membantu individu untuk merealisasikan apa yang diiimpikan. Dengan memberikan fokus, perhatian dan tenaga, sesuatu impian adalah tidak mustahil untuk direalisasikan kerana getaran yang positif akan mendorong individu untuk mengoptimumkan fokus dan getaran tersebut untuk mencapai impian. Dalam erti kata lain, “jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh!”
__________________________________________________________________________
Petikan kata-kata Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
“Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.”
~~Hadapi Dengan Senyuman~~
nurulesly@pmm.edu.my
12 Apr 2010

Posted in JP | Tagged: | Comments Off on Law of attraction = hukum tarikan

HOW TO MANAGE YOUR POSTGRADUATE COURSE

Posted by blogpmm on April 7, 2010

“ HOW TO MANAGE YOUR  POSTGRADUATE COURSE ”

 It takes a positive approach to the opportunities available to us and is an indispensable guide for all postgraduate students

A Review by

KHUZAIMAH  BAHARUDDIN

Jabatan Perdagangan,  Politeknik Merlimau

Author                  : Lucinda Becker

Publisher               : Palgrave MacMillan, New York

                               First Publication, 2004 – 188 pages

ISBN                     : 1 – 4039 – 1656 – X

PMM Library         : LB2371.B43 2004

Postgraduate study can provide a rewarding and exciting route to developing ourselves personally, academically or professionally. There can be a whole host of reasons as to why those who decide to take up further study choose to do so at different stages of their lives.

Postgraduate study is different from undergraduate study in many ways. This book will help us make the transition from a first degree or the work place to a postgraduate course. It focuses on the management of the processes involved in a gaining a postgraduate qualification, rather than just outlining the mechanics of study and research. International in its approach, the book encourages us to assess, in a systematic way, the transferable skills that we can develop as part of the course – an area of personal development that is increasingly important.

The author, Lucinda Becker teaches at Reading University within the arts and humanities, social sciences and management. She is also a professional trainer, devising, developing and delivering courses at postgraduate level. Her other books include How to Manage your Science & Technology Degree, How to Manage your Arts, Social Sciences and Humanities Degree and How to Manage your Open & Distance Learning Course. 

This is an-eleven-chapters-zero-graphic-book, in which I found so magnetic due to the contents discussed. Varies from Choosing and Beginning your Postgraduate in Chapter 2, Your Skills Base in Chapter 4, Working with your Supervisor in Chapter 5, Managing your Course in Chapter 6, Teamwork and Networking in Chapter 8, Presenting your Ideas in Chapter 9 and as well as Writing up Your Research in Chapter 10. Each and every issue is discussed in detail, as a useful guide for those intending to further studies. As forewarned is forearmed, therefore the tips, guidance and information received in advance can help one prepare for oncoming problems.

I believe that one main question that frequently lingering in your mind (and me, too!) is whether to proceed or not the application to pursue study. According to Lucinda Becker, first and foremost; never assume that we are under qualified for a course. Just ensure that the chosen course has full and meaningful accreditation. If we have many demands upon the time, make sure that the course is flexible. Therefore do the research and find out as how much as we can about the course in advance. Even if we do not think that we will get it, still look into applying for funding. Also, think about supervision even before beginning the extended research.

Working in a fog of confusion is the worst possible to tackle a post graduate course, yet sometimes we might feel as if we cannot help but be confused, because we are unclear about the demands that will be made upon our time and the input that will be expected of us. Therefore, alert to any opportunity. Attend every seminar that is open to us and be prepared to contribute. Lectures are opportunities to meet academics and see the wider implications of the subject. If there is no discussion group in the department, start one of our own. Bear in mind that tutorials are not to be feared, they are to be exploited. Work-base projects need time and care and can bring coherence in the vocational course. Also be updated that e-learning is on increase; we can make the most of it.

During school life, brilliant students are the top flying colors achievers. But this does not necessarily apply in postgraduate course. We must know our own strengths and weakness. In order to smooth up the postgraduate course, analyse our existing skills base and assess our needs in terms of skills development. Learn how to read productively, improve the ways in which we articulate the ideas and learn how to write persuasively. Oral presentation must be mastered. Thinking creatively, laterally and as widely as possible is essential. Writing and presenting ideas are the part and parcel involvements in postgraduate course that are very impossible to avoid.

Working with a supervisor can feel rather strange in the beginning. It is not a working partnership that we can neglect, as we will need the help of the supervisor in so many ways. If we can choose the supervisor, check his/her area of expertise, track record, availability and most importantly, enthusiasm. Try to broaden the range of research and learning opportunities with the help of the supervisor as we are not expected to be an expert in every aspect of the course. Find out how best to communicate with the supervisor, and try not to take criticism in supervisions personally. Try to be flexible about the practicalities of the supervision. If we change direction significantly in the research, tell the supervisor fairly promptly. Occasionally, let the supervisor know that we are enjoying the research!

Manage the course, rather than letting it manages us. Be an active note-taker, the initial notes are just our starting point. Keep reading notebooks and update them periodically. Do not shy away from exploring other disciplines occasionally and produce research sheets for each area of research. Develop study partnerships if we can and join discussion groups. Time management is crucial so do develop strategies to master the time. Create own timetable and use it to manage all the elements of the course.

What if things go wrong? Everybody is essential to the occasional bad day. Identify the root cause of the problem before we feel too demoralized. We will spend much of the time feeling in control and focused on the course, but there will be stages of the journey when we might feel less sure of ourselves and the study, when the path is unclear. Use the support services that exist within the university. Try not to suffer in silence. Work with the supervisor to resolve problems, never assume that we are alone in the difficulties we are experiencing. Be proactive by tackling issues as they arise.

Overall, a postgraduate course is more than simply a period of study and research. It is also, crucially, a time for reflection and self development. As a postgraduate, we are embarking on a journey that will be exciting, satisfying and challenging.  In this way we can make the most of this chance to develop our skills base, maximize our learning opportunities and widen our understanding, both of ourselves and the subject area with which we are engaged.  When we feel that things are going well, it helps us to assess our success and analyse that success. When we feel isolated, confused or just plain demoralized, our difficulties are both a normal part of the postgraduate experience and entirely surmountable.

Personally, reading the book inspires me to get in life of postgraduate course. Theoretically it widens the horizon of furthering study, in spite of for instance, enjoying the glory of carrying “Dr” at the beginning of the name – the symbol of virtue after passing through all aspects of self reflection, self development as well as the intellectual, emotional and mental survival.  

I guess that the author might be in future revise the contents by adding extra elements like the tips on how to manage postgraduate course for working, married  couples and parents in focus; as sometimes, truth is stranger than fiction. The value of postgraduate study can be measured in the hardship that some people are prepared to bear in gaining an additional qualification. This can be challenging enough if the course is less than a year in length full time; but a sustained period of scrimping may be required to get through part-time taught courses, full-time research degrees and, longest of all, a part-time PhD.  However, never say die before we try. Let’s strike while the iron is still hot, for opportunity seldom knocks twice. Allah Ta’ala helps those who help themselves.   Wallahu’alam.

Just seeing which way the wind is blowing,

QuzaiFuaad

Wednesday 31 /03 /10

Posted in JP | Comments Off on HOW TO MANAGE YOUR POSTGRADUATE COURSE

SOAL JAWAB BAKAL IBU

Posted by blogpmm on April 7, 2010

Judul : SOAL JAWAB BAKAL IBU (Siri Kesihatan Wanita) Pengarang : Dr. Ariza Mohamed Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd (2007) Kategori : Keluarga dan Keibubapaan Mukasurat: 207 halaman Harga : RM20.00 Diulas oleh: Zuraida Binti Yaacob, Jabatan Hospitaliti, PMM (6 APRIL 2010) Dr. Ariza Mohamed dilahirkan pada 2 Januari 1965 di Perak. Beliau pernah menjadi pensyarah dan pakar perbidanan dan sakit puan di HUKM pada tahun 1997 – 2000. Beliau juga pernah memegang jawatan pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah pada tahun 2000 – 2004. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Infertiliti iaitu kemandulan. Beliau pernah melibatkan diri dalam seminar yang dianjurkan seperti Seminar IVF peringkat hospital pada tahun 2001 dan 2002. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam Bengkel AIDS dan Pencegahan di Kalangan Remaja peringkat negeri pada tahun 2003. Ulasan buku Menghadapi saat-saat kelahiran anak sesuatu yang mendebarkan biarpun mungkin sedang menanti kelahiran anak kesepuluh. Setiap orang berbeza pengalaman, berbeza masalah dan berbeza debarnya. Memang Tuhan menjadikan setiap anak adalah unik. Oleh itu, biarpun bukan merupakan ibu dengan pengalaman pertama, nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan dan dialu-alukan. Di dalam buku ini, persoalan-persoalan yang bermain difikiran ibu-ibu, sama ada pertama kali ataupun yang sudah berpengalaman disusun sedemikian supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Buku ini menjawab persoalan-persoalan dengan jawapan-jawapan ringkas dan mudah difahami. Ia adalah himpunan soalan-soalan yang biasa diterima oleh penulis dalam menghadapi ibu-ibu mengandung. Para suami juga digalakkan turut sama membaca buku ini supaya sama-sama merasakan pengalaman dan debaran yang dihadapi oleh isteri. Di akhir perjalanan ini adalah menjadi harapan semua supaya kedua-dua ibu dan bayi selamat dan sihat. Ibu dapat bersalin tanpa komplikasi, mudah dan tenang. Bayi yang dilahirkan selamat, sihat dan comel. Semuanya bermula dari titik pertama kita melangkah. Apabila semua persediaan sudah kita lakukan, maka doa dan tawakal kepada Tuhan adalah tumpuan harapan kita. Buku ini mengadungi 3 bahagian iaitu bahagian 1 : Trimester pertama kehamilan yang mana merangkumi 37 soalan dan jawapan. Bahagian 2 : Trimester kedua kehamilan yang mana merangkumi 27 soalan dan jawapan dan bahagian yang terakhir iaitu bahagian 3 : Trimester 3 kehamilan mengandungi 56 soalan dan jawapan yang dapat membantu ibu dan pasangan menghadapi kehamilan dan proses bersalin. Bahagian 1: Trimester pertama (1-3 bulan) Soalan-soalan yang biasanya ditanaya dalam trimester pertama kehamilan ini antaranya ialah rasa loya dan muntah, pendarahan dari faraj, apakah itu D&C?, hubungan seks semasa mengandung, rasa sakit dibahagian ari-ari, makanan ‘tajam’, kerap kencing malam dan tidak lena tidur, mengambil asid folik, rawatan antenatal, tanda mengandung luar rahim dan sebagainya. Soalan-soalan ini dijawab dengan ringkas, tepat dan padat oleh penulis dan memang amat membantu ibu dan pasangan yang hamil pada peringkat ini. Banyak input berguna yang boleh diperolehi terutamanya ibu yang pertama kali hamil atau anak pertama. Bahagian 2: Trimester kedua (4-6 bulan) Manakala dalam trimester kedua, soalan-soalan yang selalu ditanya antaranya bilakah dapat merasa pergerakan pertama bayi, kulit perut pecah dan merekah, kaki rasa kejang, mengapa kalsium penting dan berapakah jumlah kalsium yang perlu diambil oleh ibu?, apakah ujian MGTT dan bagaimanakah cara bacaan ujian ini?, menghidap diabetes semasa mengandung, kedudukan uri di bawah, pendarahan selepas melakukan hubungan seks, kedudukan bayi songsang dan cara untuk mengurut bayi songsang dan banyak lagi. Dalam trimester ini, ibu-ibu sudah pun dapat merasa pergerakan bayi dalam kandungan mereka. Perasaan ini amat bermakna kepada setiap ibu dan perhatian dan penjagaan diri yang sepenuhnya perlulah dititikberatkan oleh ibu dan pasangan. Bahagian 3: Trimester ketiga (7 bulan ke atas) Pada waktu ini, macam-macam kemungkinan boleh terjadi antaranya ialah bersalin awal. Jadi setiap ibu dan pasangan mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang tanda-tanda awal bersalin supaya tidak berlakunya kekalutan apabila tiba masa untuk bersalin. Teknik-teknik dan kaedah bersalin juga mestilah diketahui oleh ibu dan pasangan. Antara soalan yang biasa ditanya pada peringkat ini ialah perut menegang dan sakit belakang, ujian ammiocentesis, kelahiran melalui pembedahan, masalah plasenta pravia, bagaimana cara mengurangkan sakit bersalin, kaedah epidural, mengalami lekat uri dan banyak lagi. Selain itu, penjagaan selepas bersalin juga amat penting dan perlu diambil berat oleh ibu dan pasangan. Buku ini juga menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan penjagaan selepas bersalin, penyusuan anak, kaedah perancang keluarga dan sebagainya. Kesimpulannya ialah, buku ini amat beguna kepada ibu-ibu yang sedang mengandung dan akan mengandug serta pasangannya. Banyak soalan yang dikemukan merupakan soalan yang sentisa bermain difikiran kita setiap hari dan dengan jawapan yang diberikan dapat membantu kita supaya bersedia menjalani kehidupan yang bermakna serta menghadapi saat-saat kehamilan.

Posted in JH | Comments Off on SOAL JAWAB BAKAL IBU