Ulasan Buku

Mengulas buku, mengupas isi, meningkat kefahaman dan produktiviti.

Pengalaman Adalah Guru Terbaik

Posted by blogpmm on November 10, 2009

Kredit kepada websitifatimah

(2008) Demikianlah Masa Menceritakan Kepada Kita – Pengalaman Adalah Guru Terbaik : Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication. 410 muka surat. Diterjemahkan oleh Dedy Rahmad, disemak oleh Dr. Mohd Puzhi bin Usop.

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H (1953M). Nama Al-Qarni merupakan nama tempat kelahiran beliau iaitu di sebuah daerah di selatan Arab Saudi. Beliau menamatkan program sarjana, M.A. dan Phd di Universiti Islam Imam Muhammad bin Su’ud, Arab Saudi. Beliau juga menghafal Al-Quran dan Kitab Bulughul Maram serta mengajarkan 5,000-an hadis dan 10,000-an bait syair. Hasil kerja beliau telah banyak diterbitkan dan dialih bahasa ke beberapa bahasa asing. Di samping itu, keberanian beliau menyuarakan kebenaran telah membuat beliau merasakan kehidupan di balik jeriji besi pemerintah kerajaan Arab Saudi.

Buku karangan Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni adalah satu buku yang amat berguna kepada kita terutama umat Islam hari ini kerana tema dalam buku ini berkenaan dengan masa yang banyak menceritakan kepada kita tentang kisah dan pengalaman yang amat berharga dan boleh dijadikan pedoman dan teladan. Masa banyak mengajar kita tentang hidup demikianlah pepatah Arab ada menyatakan “Masa diibaratkan seperti pedang” dan juga Masa itu dalagh kehidupan. Demikianlah Allah SWT berfirman dalam Surah Al-‘Asr yang mana Allah bersumpah dengan masa iaitu “ Demi Masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh sera berpesan-pesan kepada kebaikan”.

Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni adalah seorang pengarang best seller di mana antara karangan beliau yang amat terlaris di pasaran ialah “Jagalah Allah, Allah akan Menjagamu”, La Tahzan (Jangan Bersedih) dan Demi Masa! Beginilah Waktu Mengajari Kita. Apa yang dimuatkan dalam karangan buku ini adalah penceritaan secara ringkas oleh mengenai pendapatnya tentang peristiwa akhir zaman di mana pada akhir zaman yang dimaksudkan oleh beliau ialah ramai orang yang hanya memfokuskan dirinya untuk membca pelbagai buku, manakala Al-Quran dikesampingkan dari hidupnya. Pada akhir zaman ini juga ramai orang yang berzikir kepada Allah, namun mereka melupakan-Nya dan ramai orang yang memanggil Allah tetapi mereka amat jauh dari-nya dalam hakikat yang sebenar.

Buku ini juga turut menegah dan mencegah orang-orang mengkritik dan memberi kritikan-kritikan yang tidak membangun kepada orang lain dan menegah dari menyibukkan diri dengan kekurangan dan keaiban orang lain. Buku Pengalaman Adalah Guru Terbaik ini mengandungi 309 pasal berkenaan pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan manusia.

Pasal (2) menceritakan tentang Semut dan Kejayaan yang mana disaksikan bahawa semut adalah haiwan yang kecil dan mampu untuk menempa kejayaan yang besar dalam hidupnya. Haiwan yang sekecil ini mampu membuktikan kejayaan kerana ia memiliki kekuatan yang luar biasa dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa sahaja yang diinginkan tanjpa merasa bosan, jemu dan letih. Ini menunjukkan contoh teladan kepada kita bahawa dalam hidup kita semut yang kecil pun boleh dijadikan contoh akan kehebatannya apatah lagi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, kemampuan, kekuatan lahiriah dan fizikal yang kuat adakah tidak mampu untuk menempa sebuah kejayaan?

Pasal (39) adalah mengnai nikmat akal fikiran. Akal fikiran adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hamba-Nya dan nikmat yang amat tinggi nilainya. Bayangakan jika seorang manusia itu tidak mempunyai akal fikiran, adakah dia mampu berfikir, mengubah hidupnya, merenung dan memerhatikan ciptaan Allah ini? Tentu tidak jaapannya. Justeru, dengan akal fikiran akan dapat membezakan antara haiwan dan manusia, golongan berilmu dan juga orang yang rasional. Akal juga mampu mennetukan sesuatu dengan tepat, dan sesuai dengan keadaan, dan mampu mengubah suasana dengan baik dan harmoni. Ini seperti dalam Firman Allah dalam surah Muhammad : 30 iaitu mafhum-Nya “Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka”.

Pasal (59) mengisahkan dan menceritakan tentang keadaan masyarakat sekarang yang telah mula meninggalkan buku dari sisi dan hidup mereka. Mereka lebih mengutamakan radio, game, internet, dan televisyen dalam kehidupannya. Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni menjelaskan juga masyarakat hari ini telah jauh berubah di mana orang yang minta membaca buku juga amat sedikit jumlahnya. Beliau menasihatkan kepada mereka yang gemarkan buku sama ada dari aspek menulis, mengarang dan sebagainya agar meneruskan usaha tersebut tanpa rasa jemu dan tanpa ada lemah semangat.

Pasal (64) beliau menjelaskan agar berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai sifat tawaduk dan rendah hati di kalangan teman-teman. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan hasad dengki, iri hati dan lain-lain. Pasal (66) beliau menasihatkan supaya manusia umat Islam tidak terlalu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. Hal ini amat bertentangan dengan kehidupan yang diperintahkan oleh Allah swt dan larangan meminta-minta sedekah juga amat dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : “ Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir (tamak) dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian”.

Pada pandangan saya, buku ini memang amat berguna dan dari segi ideanya yang baik dan banyak meberikan motivasi kepada diri sesiapa yang membacanya kerana ianya menyeru agar kita menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mengkritik orang lain, mengaibkan orang lain, brkata yang tidak berfaedah dan menjauhi perkara yang membawa kepada kerosakan hati.

Oleh :

Asnuurien Najma binti Ahmad,

Jabatan Pengajian Am,

Unit Pendidikan Islam & Moral,

Politeknik Merlimau, Merlimau,

Melaka.

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: